60 rumah rosak fenomena angin kencang landa Rembau

Iklan
Fenomena angin kencang yang melanda di kawasan Kota baru-baru ini.

REMBAU - Fenomena angin kencang yang melanda daerah ini sejak hujung tahun lalu mengakibatkan 60 buah rumah di daerah ini mengalami kerosakan selepas bumbung mereka diterbangkan angin.

Pegawai Daerah Rembau, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, ia melibatkan 52 rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota dan lapan di DUN Chembong.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini boleh dikatakan hampir setiap hari kita terima aduan bumbung rumah penduduk diterbangkan angin kuat ekoran peralihan Monsun Timur Laut yang berlaku," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Mohd Zamri

Beliau berkata, pihaknya menerusi jawatankuasa Sekretariat Bencana Alam telah mengambil langkah berwaspada, namun setakat ini bencana yang berlaku masih dalam keadaan terkawal.

Iklan

Menurutnya, berdasarkan laporan Jabatan Metrologi, keadaan angin kuat dijangka akan berakhir Mac ini.

"Kita harap ia akan berakhir tak lama lagi. Berkenaan bantuan baik pulih bumbung itu ada beberapa kriteria ditetapkan dan bukannya semua aduan kerosakan kita akan baiki.

Iklan

"Kita akan melihat dari segi kemampuan fizikal kewangan penduduk, tahap kerosakan dan kos diperlukan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28