JEMPOL- Seorang anggota tentera parah manakala seorang lagi cedera di kaki dan tangan selepas trak yang dipandu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Jalan Besar Palong 7&8- Palong 4,5 & 6 pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kejadian pada jam kira-kira 1 tengah hari itu berlaku semasa pemandu berpangkat prebet berusia 21 tahun dan penumpang trak berpangkat staf sarjan berusia 38 tahun baru selesai latihan di Kem Batu 10, Kuantan dalam perjalanan ke Kem Sungai Udang, Melaka.
Kejadian berlaku ketika trak dalam perjalanan dari Kem Batu 10, Kuantan ke Kem Sungai Udang, Melaka.