NEW YORK - New York memfailkan saman terhadap platform media sosial utama seperti TikTok, Facebook, Snapchat dan YouTube kerana didakwa mencetuskan krisis kesihatan mental terhadap golongan muda.
CBC News melaporkan, Datuk Bandar New York, Eric Adams mahu mendapatkan semula ganti rugi sebanyak AS$100 juta (RM477 juta) yang dibelanjakan oleh bandar raya itu untuk membendung krisis kesihatan mental setiap tahun.