Kerajaan akan tambah 186 PEDi di seluruh negara - Anwar

Iklan
Anwar berbincang bersama Fahmi (kanan) ketika menghadiri Karnival Pemerkasaan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai pada Jumaat. Turut hadir Kon Yeow (kiri). Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani akan menambah 186 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu menjadikan jumlah keseluruhan PEDi di Malaysia sebanyak 1,097 menjelang hujung tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini terdapat 911 PEDi dan usaha menambah pusat sehenti penggunaan jalur lebar bagi kawasan kurang mendapat perhatian itu adalah ikhtiar kerajaan untuk mendepani masalah kesenjangan digital serta pendapatan.

Iklan
Iklan

"Transformasi digital adalah agenda penting dalam usaha menterjemah wawasan kerangka Ekonomi Madani.

"Tahap penguasaan ilmu dalam bidang baharu mesti cepat digarap dan dikuasai agar masyarakat tidak ketinggalan dalam arus deras perubahan.

Iklan

Terdahulu, Perdana Menteri dalam ucapan pada Majlis Perasmian Karnival Pengukuhan Kesalinghubungan dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang mengumumkan pertambahan 38 PEDi baharu bagi negeri itu (menjadikan jumlah keseluruhan 41 PEDi di Pulau Pinang) dengan peruntukan sebanyak RM47 juta disediakan bagi tujuan pembinaan dan pengoperasiannya.

Anwar turut menzahirkan penghargaan atas usaha dan khidmat mereka yang menjayakan PEDi khususnya untuk masyarakat luar bandar dan kawasan luar jangkauan yang telah memberi pendedahan serta manfaat kepada komuniti sekitar.

Iklan

Turut hadir pada majlis itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din. - Bernama