KPKT setuju lulus RM20 juta kepada Jabatan Wilayah Persekutuan

Iklan
Zaliha

KUALA LUMPUR - Jabatan Wilayah Persekutuan pada Jumaat menerima peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menaik taraf tandas awam milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan kepada tandas BMW (bersih, menawan dan wangi).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, peruntukan itu turut merangkumi penambahan 200 unit MyKiosk dan penambahbaikan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir di bawah selenggaraan DBKL.

Iklan
Iklan

"Peruntukan itu merupakan antara hasil perbincangan bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta delegasinya...

Beliau berkata, inisiatif itu juga adalah persediaan mendepani Tahun Melawat Malaysia 2026 dan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada 2025 yang bakal menyaksikan pelbagai program serta mesyuarat peringkat rantau itu dilaksanakan di sini.

Iklan
Iklan

"Pihak DBKL akan mengenal pasti 30 kawasan sekitar ibu kota yang akan dibangunkan dengan projek pocket parks di mana ia adalah pembangunan landskap perbandaran bagi tujuan pengindahan Kuala Lumpur,” katanya. - Bernama