[EKSKLUSIF] 'Ada yang mendoakan Bersatu hancur' - Muhyiddin
Iklan
KUALA LUMPUR - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada segelintir pihak yang mahu melihat parti itu 'lenyap' dari kanvas politik negara.
Ahli Parlimen Pagoh itu mendedahkan, ramai individu yang cuba mencipta isu dan spekulasi bagi memberi gambaran parti pimpinannya kini diambang perpecahan.