Video parodi sentuh isu sensitif, undang kemarahan ramai

Iklan
Dediy tampil memohon maaf terhadap perbuatannya dan menjelaskan tindakan tersebut tidak mempunyai niat untuk menghasut mana-mana pihak, namun laporan polis tetap diteruskan.

BARU-BARU ini, tular di media sosial video parodi pempengaruh, Dd Chronicle yang didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah.

Video parodi berdurasi tiga minit 55 saat yang dimuat naik oleh Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, di Youtube itu mendapat kecaman hebat daripada warganet.

Iklan
Iklan

Ia memaparkan tindakan pempengaruh itu melakonkan semula perbuatan minum arak dan berjudi seolah-olah tidak akan dikenakan hukuman.

Selepas penularan video tersebut, beberapa pihak telah membuat laporan polis ke atas Dd Chronicle kerana didakwa menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat.

Iklan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut mengambil tindakan sama dengan membuat laporan polis secara serentak terhadap Dd Chronicle di seluruh Malaysia pada jam 3 petang Jumaat.

Bagaimanapun, Dediy kemudian tampil memohon maaf terhadap perbuatannya dan menjelaskan tindakan tersebut tidak mempunyai niat untuk menghasut mana-mana pihak, namun laporan polis tetap diteruskan.

Iklan

Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti masyarakat dan berjaga-jaga terhadap isu yang boleh mengundang kemarahan.

Ini kerana, bukan semua isu boleh dijadikan sebagai kandungan di media sosial terutamanya yang melibatkan institusi kehakiman dan agama.

Tujuan kandungan direka bukan semata-mata untuk mencari perhatian, meraih populariti dan publisiti di samping menambah jumlah pengikut serta menaikkan kadar tontonan.

Literasi digital yang baik perlu dipelajari oleh pencipta kandungan agar bahan dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pengguna dan mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28