Kerajaan belum buat ketetapan wujudkan satu gred beras putih

Iklan
Kenyataan itu bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman yang dibuat Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, pada 14 Februari lalu.

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia Madani.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan pada Sabtu berkata, sebarang pengumuman atau ketetapan yang dibuat, mesti berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Iklan
Iklan

"Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Jumaat, yang memaklumkan cadangan tersebut akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), akan datang,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman yang dibuat Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, pada 14 Februari.

Iklan

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam sidang media dilaporkan berkata tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI) melainkan Beras Putih Malaysia Madani sebagai kategori tunggal. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan