Setelah 26 tahun, songket Negeri Sembilan akan dihidupkan semula dengan bermotifkan 'Bunga Lado' yang merupakan antara sembilan identiti di negeri ini.
Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja'afar, Mohd Khairil Hisham berkata usaha itu penting bagi memartabatkan seni budaya negeri ini terutamanya memperkenalkan 'Bunga Lado' atau bunga lada kepada masyarakat.
Jelasnya songket identiti negeri Adat Perpatih pernah diketengahkan sekitar tahun 1998 iaitu bermotifkan corak ukiran dan tumbuh-tumbuhan namun pada kali ini pihaknya lebih serius mahu mengangkat identiti 'Bunga Lado' dengan kerjasama Jabatan Penjara dalam menghasilkan songket berkualiti tinggi.