Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran

Iklan
Atturmizi berharap anaknya, M Prabowo Gibran boleh menjadi pemimpin hebat di masa akan datang.(Gambar hiasan) Foto Freepik

SUMATERA - Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.

Atturmizi yang menetap di Sumatera Selatan memaklumkan, dia amat mengidolakan pendahulu calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.

Iklan
Iklan

Tambahnya, M Prabowo Gibran lahir ketika dia dan isterinya mahu bertolak ke pusat pengundian namun isterinya mengadu mengalami sakit perut.

Dia kemudian membawa isterinya ke rumah bidan berhampiran.

Iklan

Dalam masa sama, Atturmizi berharap anaknya, M Prabowo Gibran boleh menjadi pemimpin hebat di masa akan datang.

Sementara itu, ramai jiran tetangga mengambil peluang bertandang ke rumah Atturmizi untuk melihat bayi itu dari dekat. - Agensi

Iklan