MHC terima banyak permohonan jawatan ketua jurulatih

Iklan
Subahan (tiga, kiri) bersalaman dengan Rais pada Mesyuarat Agung: Dwi Tahunan Persatuan Hoki Melaka ke-24 di sebuah hotel di MiTC, Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.

KONFEDERASI Hoki Malaysia (MHC) menerima banyak permohonan bagi jawatan ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan termasuk calon tempatan dan luar negara.

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, selepas iklan jawatan itu dimuat naik, pihaknya banyak menerima permohonan terutama individu dari luar negara yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, situasi itu menunjukkan mereka yakin dan percaya Malaysia berpontensi dan memiliki bakat tersendiri untuk pergi lebih jauh dalam kesukanan berkenaan.

"Mereka suka kerana Malaysia negara baik dan bila kita buka (permohonan) ramai yang mohon, ada yang cuba nasib.

Iklan

"Sebab itu kita adakan pemilihan, mereka akan dipanggil temuduga dan akan ditanya apa perancangan, kriteria sebagai jurulatih hoki dan pengalaman," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung: Dwi Tahunan Persatuan Hoki Melaka ke-24 di sebuah hotel di MiTC, Ayer Keroh, di sini, pada Sabtu.

Iklan

Hadir sama, Presiden Persatuan Hoki Melaka, Datuk Rais Yasin.

Jelas beliau, dengan pengisian jawatan tersebut pihaknya dapat membuat persediaan dan memberi fokus kepada gerak kerja bagi mempertahankan momentum kemenangan Piala Azlan Shah tidak lama lagi.

Ujarnya, meskipun beberapa negeri kurang mementingkan sukan hoki, namun sukan itu dapat menyatukan rakyat pelbagai bangsa selain platform menerapkan semangat berdisiplin serta memajukan diri.

Katanya, negeri juga disarankan menjalankan aktiviti di peringkat akar umbi termasuk peringkat sekolah menerusi kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Seperti adakan pertandingan dan sebagainya kerana di situ kita dapat mencungkil bakat untuk diketengahkan seterusnya ke peringkat kebangsaan," katanya lagi.