Kajian menyeluruh sebelum kerja baik pulih cerun KOA Sungai Ruil dimulakan

Iklan
Rubiah (depan,tengah) hadir pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Orang Asli Sungai Ruil pada Sabtu.

CAMERON HIGHLANDS - Kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum kerja-kerja pembaikan cerun runtuh di penempatan Kampung Orang Asli Sungai Ruil di sini dapat dimulakan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, ketika ini Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam proses penilaian terhadap pergerakan tanah di lokasi kejadian dan kawasan berhampiran.

Iklan
Iklan

Menurutnya, JKR telah memberi komitmen kerja-kerja penilaian tanah akan disegerakan agar kerja-kerja pembaikan cerun dapat dimulakan.

"Ketika ini seramai 89 mangsa daripada 16 keluarga terjejas yang sebelum ini ditempatkan secara sementara di Dewan Komuniti Sungai Ruil telah dipindahkan ke kuarters Tenaga Nasional Berhad (TNB)," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Orang Asli Sungai Ruil dekat sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Rubiah berkata, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) akan menanggung sepenuhnya bayaran sewaan kuarters TNB bagi menempatkan mangsa terjejas bagi tempoh dua tahun.

Iklan

Tambahnya, setakat ini tiada cadangan pembinaan rumah baharu bagi menggantikan rumah-rumah mangsa yang mengalami kerosakan.

"Kita hanya akan baik pulih rumah yang terjejas kerana dalam kejadian 12 Oktober lalu tidak semua rumah mengalami kerosakan.

"Isunya kerana kejadian berlaku berlaku di kawasan penempatan di lereng bukit, justeru bila kejadian cerun runtuh ini, penduduk terlibat terpaksa dipindahkan atas faktor keselamatan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28