Keputusan jawatan JPKK atau JKKR masih belum muktamad

Iklan
Amizar(tiga dari kiri) tidak melepaskan peluang mencuba menekap batik yang menjadi antara produk dipamerkan kepada pengunjung sempena Moh Karnival Makmur di Dataran Indera Pahlawan Chenor pada Sabtu.

MARAN - Perbincangan mengenai sama ada jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan(JKKR) di setiap rancangan Felda di negeri ini yang sudah mendapatkan geran hak milik masing-masing masih belum dimuktamadkan.

Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Amizar Adam berkata, setakat ini perbincangan telah diadakan bersama ketua-ketua blok dan pengerusi wilayah.

Iklan
Iklan

"Ia bukan isu besar, ia adalah isu pentadbiran. Biasala ada yang tak suka, begini...begitu... namun ia telah dapat diselesaikan dengan baik.

"Kita belum ada keputusan muktamad, buat masa ini ikut struktur Felda dalam dasar mereka dan kita akan buat penilaian semula dan bentangkan selepas ini," katanya.

Iklan
Amizar(tiga dari kanan) ketika meninjau reruai yang mengambil bahagian dalam Moh Karnival Makmur di Dataran Indera Pahlawan Chenor pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas Program Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Tunjang Ekonomi Negeri Moh Karnival Makmur di Dataran Indera Pahlawan Chenor pada Sabtu.

Turut berlangsung sembang santai bersama usahawan-usahawan sekitar Maran bersama Amizar serta pelbagai agensi berkaitan.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memberitahu, Karnival Moh Makmur di setiap daerah akan memiliki kluster masing-masing.

"Seperti di Maran, ia membabitkan kluster pelancongan, namun kita memberikan peluang kepada mana-mana usahawan lain yang berminat menyertai karnival ini.

"Dengan cara ini, kita boleh melihat karakter-karakter usahawan yang ada di Pahang," ujarnya.