New Delhi - Tindakan berbahaya seorang lelaki di India untuk berswafoto dengan singa telah membawa padah apabila dia dibaham haiwan itu ketika memasuki kandangnya di sebuah zoo di Andhra Pradesh.
Mangsa Prahlad Gujjar, 38, berasal dari Alwar, Rajasthan meninggal dunia dalam kejadian di Taman Zoologi Sri Venkateswara, Triputi pada Khamis lalu.