[DIKEMAS KINI] Tindakan atlet terjun Datuk Pandelela Rinong menyalahkan media sebagai punca kemelut yang melanda kem terjun negara susulan prestasi hambar pada Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, baru-baru ini adalah tidak wajar.
Perkara itu disuarakan Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) yang kecewa dengan tindakan penerjun berusia 30 tahun itu.
Iklan
Iklan
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap menegaskan, media sukan sentiasa bersifat profesional dalam menjalankan tugas dan menyampaikan laporan sama ada cetak, elektronik mahupun portal dalam talian.
"Laporan dibuat berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan dan segala sesi direkodkan sebagai rujukan dalam penulisan.
"Justeru, adalah tidak adil untuk menuding jari terhadap media secara melulu.
"Media tidak pernah menafikan sumbangan yang diberikan Datuk Pandelela, namun untuk menyalahkan media adalah tindakan tidak wajar," katanya dalam kenyataan, hari ini. - Bernama