Lebih ramai ahli, pemimpin Muda beransur-ansur 'angkat kaki'
SHAH ALAM - Lebih ramai anggota dan pemimpin Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dijangka meninggalkan parti berkenaan secara besar-besaran kerana hilang sokongan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan organisasi politik yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, biarpun di peringkat awal penubuhannya Muda mendapat sokongan golongan belia, namun keadaannya berubah 360 darjah selepas Mahkamah Tinggi mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) pada 9 November 2023.