Menguji kematangan elit politik
Iklan
PILIHAN raya umum (PRU) sering dilabel sebagai pesta demokrasi. Pada masa sama, setiap kali PRU diadakan, pengundi dianggap sebagai raja untuk memilih pemimpin dan kerajaan baharu atau memperbaharui mandat kerajaan dan pemimpin yang dipilih empat atau lima tahun sebelum itu. Ia bergantung kepada apa yang ditetapkan perlembagaan di negara berkenaan.
Tentunya jika diamati, PRU yang bakal atau telah berlangsung di 60 negara sepanjang 2024 ini bukan sekadar pesta demokrasi. Ia sebenarnya menguji kematangan elit-elit politik menerima keputusan pasca pilihan raya itu sendiri. Hal itu amat benar terutama di negara-negara dengan sistem demokrasi masih belum matang sepenuhnya seperti terdapat di kebanyakan dunia membangun.