Bersatu lebih rela adakan PRK, pulangkan mandat rakyat - Penganalisis
Iklan
SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih memilih langkah mengadakan pilihan raya kecil (PRK) berbanding mengekalkan ahli yang menyatakan sokongan terhadap pihak lawan.
Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, tindakan itu dilihat lebih menguntungkan kerana melalui PRK, rakyat diberi peluang untuk menentukan semula pemimpin baharu.