Pindaan lulus, enam ahli Parlimen Bersatu dijangka kembali setia
Iklan
SHAH ALAM - Enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang melanggar pendirian parti dijangka kembali dan menolak sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika pindaan Perlembagaan parti diluluskan.
Pensyarah Sains Politik Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zaharul Abdullah berkata, pindaan tersebut bukan sahaja menutup kelompongan dalam Akta Anti Lompat Parti, malah mampu menghalang sebarang tindakan untuk menyokong pihak lawan.