Muda terbuka keputusan ahli letak jawatan, mahu fokus masa depan parti

Iklan
Muda Wilayah Persekutuan terbuka dengan keputusan beberapa ahli yang meletak jawatan.

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Wilayah Persekutuan terbuka dengan keputusan beberapa ahli yang meletak jawatan atau mahu bergerak sendiri tanpa dibayangi parti tersebut.

Muda Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, meskipun ada sesetengah pihak meminta penjelasan, pihaknya mahu terus memberikan tumpuan kepada mencorak masa depan parti dengan lebih baik.

Iklan
Iklan

"Ada segelintir yang memilih untuk sengaja salah faham, Muda diwujudkan untuk selesaikan masalah dan masalah menentang penyelesaian mudah.

"Proses pembaikan sudah dijalankan, barisan kepimpinan kami tetap dipenuhi dengan mereka yang tidak mahu menyerah selagi ada ketidakadilan untuk berjuang atau kemajuan mencipta sesuatu.

Tangkap layaran kenyataan Muda Wilayah Persekutuan di Facebook pada Sabtu.

Iklan

"Adakah kami akan tersandung lagi? Sudah tentu, namun kami memilih untuk bertindak, membentuk masa depan dan menyumbang ke arah membina Malaysia lebih kukuh, itulah sebabnya kami kekal,” katanya pada Sabtu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, hampir 10 ahli Muda meletakkan jawatan dalam masa sebulan atas sebab peribadi dan didakwa tidak berpuas hati dengan hala tuju parti beberapa tahun kebelakangan ini.

Iklan

Antaranya ialah Bendahari Muda Parlimen Kapar, Vipraharan Balan; Ketua Parlimen Pandan, Abang Aliefiesyahreen dan Timbalan Pengerusi Muda Kedah, Amer Abdullah.

Justeru, Muda Wilayah Persekutuan memaklumkan, pihaknya kini mahu fokus untuk bergerak ke hadapan dan meninggalkan golongan yang taksub mencari kesalahan parti tersebut.

"Biarkan mereka taksub dalam mencari kesalahan manakala mereka yang ingin pergi, bebas berbuat demikian.

"Fokus kami adalah bergerak ke hadapan,” ujarnya.