Kanak-kanak bukan Islam ikut jejak bapa saudara berkhatan

Iklan
Kanak-kanak terbabit dibawa berarak sebelum disembur dengan air pancut JBPM

PUCHONG - Amalan berkhatan memang sinonim dengan umat Islam, namun ia tidak menghalang masyarakat beragama lain untuk melaksanakannya bagi tujuan kebersihan dan kesihatan.

Bagi G Lingesh, 9, dia memilih untuk turut bersama 49 rakan-rakan lain beragama Islam berkhatan dalam satu majlis anjuran Yayasan Raja Shamri di Pangsapuri Kota Impian dekat sini pada Ahad.

Iklan
Iklan

Bapa saudara kanak-kanak itu, S Balamurugan, 52, berkata, dia mengambil keputusan untuk mendaftarkan nama anak saudaranya sebagai peserta majlis berkhatan tersebut.

Balamurugan meriba anak saudaranya Lingesh sebelum majlis berkhatan

Ujar Balamurugan, dia melihat amalan tersebut sebagai titik permulaan dalam menjaga kebersihan dan kesihatan diri, malah sebelum ini turut berkhatan ketika usia muda.

Iklan

"Saya maklumkan padanya (anak saudara) tidak perlu takut sebab pak cik dulu pun berkhatan. Jadi di situ nampak dia lebih tenang dan mahu untuk menyertai majlis ini bersama rakan-rakannya.

"Mula-mula memang dia membantah kerana takut tetapi hari ini dia nampak seronok dapat bersama rakan-rakan Melayu dan dapat mandi beramai-ramai sebelum berkhatan," katanya ketika ditemui pada Ahad.

Kanak-kanak dibawa berarak sebelum disembur dengan air pancut

Iklan

Pengarah program berkenaan, Azmani Ngah Mat Daud, 48, pula berkata, penduduk di kawasan sekitar Kota Impian memberikan sokongan sepenuhnya kepada program tahunan yang diadakan.

"Kita menaja program ini bagi membantu keluarga dalam kategori M40, anak asnaf dan anak yatim dan sambutan diterima begitu memberangsangkan dengan peningkatan peserta saban tahun.

50 kanak-kanak terbabit dibawa berarak sebelum disembur dengan air pancut JBPM

"Tahun depan kami merancang untuk memperhebatkan program ini yang merupakan salah satu program tahunan Yayasan Raja Shamri," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini.

Bagi memeriahkan program berkhatan itu, 50 kanak-kanak terbabit dibawa berarak sebelum disembur dengan air pancut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).