KADA tambah 150 pam ‘backward’ hadapi El-Nino

Iklan
KADA turut berbincang dengan petani dan berkongsi pandangan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi mereka pada musim panas serta kemarau.

KOTA BHARU - Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mengambil langkah awal menambah 150 pam ‘backward’ sebagai persediaan menangani masalah kekurangan bekalan air di kawasan penanaman padi di bawahnya ketika berlaku fenomena El-Nino.

Pengerusi KADA, Muhammad Husain berkata, persiapan dilakukan menerusi perbelanjaan peruntukan KADA berjumlah RM200,000.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, KADA hanya menunggu makluman daripada pesawah yang memerlukan pam tersebut untuk dihantar ke kawasan terbabit.

Muhammad

"Tahun lepas sebanyak 86 unit pam ‘backward’ dibekalkan dan tahun ini ditambah lagi menjadikan keseluruhan 236 pam ‘backward’.

Iklan

"Tahun lepas, masalah timbul dulu baru tindakan diambil, sebaliknya tahun ini kami buat persiapan awal sebelum berlaku El-Nino,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu Pengerusi KADA di Ibu Pejabat KADA sini, pada Ahad.

Turut hadir, Pengurus Besar KADA, Mohd Faizul Mustafa.

Iklan

Menurut Muhammad, pam-pam tersebut dapat menampung pengairan kawasan sawah seluas 26,000 hektar di enam daerah antaranya Bachok, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Tumpat.

Katanya, KADA juga sudah berbincang dengan petani dan berkongsi pandangan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh mereka pada musim panas serta kemarau.

Muhammad (tengah) menyampaikan amanat pada Majlis Amanat Tahun Baharu Pengerusi KADA pada Ahad.

"Selainnya, KADA juga menyediakan pam sokongan sebanyak tiga unit dan dalam proses membina pam kitar semula.

"KADA juga akan membekalkan air dari pam utama ke tali air sedia ada manakala pam 'backward' pula akan menarik aliran air masuk ke dalam petak sawah,” ujarnya.

Tambah beliau, pada masa sama, kerajaan meluluskan RM500,000 untuk pembinaan telaga tiub di beberapa kawasan KADA yang bersesuaian.

"Sekarang kami meneliti kawasan yang boleh dibina telaga tiub dengan kos sekitar RM4,000 hingga RM5,000 satu unit.

"Kami jangkakan boleh membina 100 telaga tiub untuk memenuhkan kawasan padi dengan sumber air sekali gus dapat membantu para pesawah mengatasi masalah air,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan makluman daripada Jabatan Meteorologi berkaitan El Nino dengan intensiti kuat yang melanda dunia ketika ini dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.