Banjir di Sarawak pulih, tiada lagi mangsa di PPS

Iklan

KUCHING - Tiada lagi mangsa banjir di Sarawak yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Jawatankuasa itu memaklumkan kesemua PPS bagi bencana banjir telah ditutup sepenuhnya pada 1.30 tengah hari tadi.

Iklan
Iklan

"Ketiga-tiga PPS yang ditutup terletak di Bahagian Kuching melibatkan Dewan Serbaguna Taman Malihah, Dewan Masyarakat Stapok dan Dewan Kampung Sinar Budi Baru,” menurut jawatankuasa itu. - Bernama

Iklan
Iklan