LABUAN - Bangkai seekor penyu hijau (Chelonia Mydas) tanpa sirip dan kepala ditemukan di pantai Nagalang berdekatan dengan Restoran Thai Beach, di sini pada Sabtu.
Bangkai spesies haiwan laut terancam itu ditemukan oleh staf restoran tersebut dan disyaki telah mati beberapa hari lepas.
Iklan
Iklan
Wartawan Bernama Jailani Hasan yang dimaklumkan mengenai penemuan itu kemudian telah menghubungi pihak Jabatan Perikanan.
Jurucakap Jabatan Perikanan berkata penyu sepanjang satu meter itu kemungkinan telah dihanyutkan ke pantai.
"Kami akan mengambil tindakan sewajarnya berhubung penemuan bangkai penyu ini termasuk melakukan siasatan terperinci punca kematiannya,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, beberapa pantai dan pulau di sini terkenal sebagai tempat pendaratan penyu hijau, membuatkan penemuan itu membimbangkan pihak perkuasan tempatan. - Bernama