MR D.I.Y tawar diskaun 30 peratus keperluan sekolah

Iklan
Kumpulan MR D.I.Y Berhad (MR D.I.Y) melalui insiatifnya, ‘Kembali Ke Sekolah’ menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus melibatkan pelbagai barangan keperluan persekolahan bermula 15 Februari hingga 15 Mac depan.

SHAH ALAM - Kumpulan MR D.I.Y Berhad (MR D.I.Y) melalui insiatifnya, ‘Kembali Ke Sekolah’ menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus melibatkan pelbagai barangan keperluan persekolahan bermula 15 Februari hingga 15 Mac depan.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y, Alex Goh berkata, barangan yang diberi potongan harga termasuk pelbagai jenis beg, alat-alat tulis termasuk pensil warna, set pensil, pen gel, pen penyerlah, pita pembetulan, bekas pensil, gam, buku nota, fail dan kalkulator saintifik.

Iklan
Iklan

"Inisiatif ini bertujuan untuk menawarkan keperluan sekolah yang berkualiti dan mudah didapati bagi meringankan beban ibu bapa. Kami berusaha untuk memberikan lebih daripada sekadar nilai kerana pada akhirnya kami mahu ibu bapa yakin untuk menghantar anak mereka ke sekolah hari pertama,” katanya dalam satu kenyataan.

Barangan sekolah lain yang ditawarkan termasuk kasut sekolah hitam pada harga RM10.90 sepasang, stokin hitam antara RM1.90 hingga RM2.50 sepasang dan botol air pada harga RM9.90 setiap satu.

Iklan

Selain barang-barang ini, MR. DOLLAR juga menawarkan pilihan makanan ringan yang lazat pada harga berpatutan dan sesuai untuk dinikmati di sekolah.

Orang ramai boleh membeli pelbagai barangan keperluan menerusi inisiatif ‘Kembali ke Sekolah’ di cawangan MR. D.I.Y. di seluruh negara.

Iklan