KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun

Iklan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksana kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksanakan kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyelidikan menyeluruh akan dilakukan dengan mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, penyelidikan itu dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai negara di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura yang telah memperkenalkan tempoh sah laku sehingga 10 tahun untuk pasport mereka.

"Saya percaya kita boleh mendapatkan maklumat daripada tinjauan dan membuat keputusan dasar mengenai keperluan lima tahun hingga 10 tahun.

Iklan

"Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada aspek penyelidikan terlebih dahulu,” katanya selepas merasmikan pejabat pasport baharu di Skyfunnel Zone Shaftsbury Tower, di sini, pada Isnin.

Pasport Malaysia ialah pasport yang dikeluarkan bagi rakyat Malaysia oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.

Iklan

Pengeluaran pasport dan dokumen perjalanan, bagaimanapun hanya sah untuk maksimum sehingga lima tahun sahaja bagi masuk dan keluar dari Malaysia serta perkara yang berkaitan terletak di bawah Akta Pasport 1966. - Awani