Tuchel tak bimbang prestasi Bayern

Iklan
Tuchel. Foto EPA

THOMAS Tuchel dilihat tidak menunjukkan sebarang tanda resah, biarpun skuad kendaliannya, Bayern Munich tewas buat kali ketiga berturut-turut awal pagi Isnin.

Bayern kalah 2-3 kepada Bochum sekali gus membuka ruang buat Bayer Leverkusen yang dibimbing Xabi Alonso selesa dengan kelebihan lapan mata di puncak Bundesliga.

Iklan
Iklan

Bayern sebelum ini tewas 0-3 kepada Leverkusen hujung minggu lalu dan kalah tipis 0-1 pada pertengahan minggu di Lazio dalam saingan Liga Juara-Juara.

Mengulas situasi itu mengundang bahaya buat masa depannya Tuchel memberitahu:"Tiada guna bimbangkan perkara itu.”

Iklan

Malah Tuchel juga mungkin boleh menarik nafas lega mengenai nasibnya susulan jaminan Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Jan-Christian Dreesen.

"Tuchel 'sudah tentu' berada di tempat duduknya apabila menentang Leipzig Ahad ini. Saya tahu apa yang orang ramai mahu dengar, tetapi perkara ini akan reda selepas seminggu.

Iklan

"Itulah sebabnya saya mengatakannya dengan cara saya. (Pemecatan Tuchel) bukanlah isu yang kami pertimbangkan pada masa ini. Kami perlu menumpukan perhatian pada beberapa perlawanan seterusnya,” katanya.

Dalam aksi itu, Bayern terlebih dahulu di depan menerusi jaringan pertama Jamal Musiala, tetapi ketinggalan 1-3 ketika berbaki 10 minit selepas Dayot Upamecano memberikan penalti kepada lawan dan dibuang padang.

Gol Harry Kane pada minit ke-87 memberi harapan kepada Bayern, namun ia sudah terlambat untuk menafikan kemenangan Bochum.