Wanita maut digilis tayar kereta

Iklan
Seorang pekerja am wanita maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Pegang, di Baling, pada Isnin. - Foto PDRM

BALING - Seorang pekerja am wanita maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Pegang, di sini, pada Isnin.

Mangsa Noriza Aziz, 39, beralamat dari Kampung Carok Gorok, Jalan Lata Bayu, maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 7.27 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal Honda Vario 150 datang dari arah rumah di Carok Garok menghala ke tempat kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pegang, Baling Kedah.

Sementara dua buah kereta dari arah Baling pula menghala ke Kuala Ketil untuk pulang ke rumah.

Iklan

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa berada di laluan kiri jalan telah mengubah ke laluan kanan jalan secara tiba-tiba telah menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan motosikal mangsa.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan dan pada masa sama sebuah kereta Produa Kelisa yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kepala mangsa mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Awani.

Iklan

Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- Awani