KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi Mesyuarat Pra-Kabinet mingguan yang sulung untuk tahun ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, mesyuarat di Istana Melawati, Putrajaya itu bermula pada jam 8 pagi dan berlangsung selama 55 minit.