RAMALLAH - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague pada Isnin mula mengadakan pendengaran awam mengenai akibat undang-undang yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur.
Sesi itu yang berterusan selama enam hari dari 19 hingga 26 Februari adalah berdasarkan permintaan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memperoleh nasihat daripada mahkamah mengenai kesan pendudukan Israel yang berterusan selama lebih 57 tahun.
Mahkamah dijadualkan mendengar taklimat dari 52 negara, jumlah yang belum pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah mahkamah, selain Kesatuan Afrika, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA). - Bernama/Wafa