JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Batu Pahat telah menahan seorang pemilik perniagaan barangan lusuh kerana kesalahan memberi rasuah kepada penguat kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 57 tahun itu telah ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira jam 11 pagi tadi.