Parlimen bukan lagi 'zoo', ia akan lebih mulia selepas ini

Iklan
Johari Abdul Ghani ketika menyampaikan ucapan amanah di Parlimen pada Isnin.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Kelima Belas (2024) yang bakal berlangsung mulai 26 Februari hingga 27 Mac ini akan dijalankan dengan lebih serius dan keberadaannya diangkat dikedudukan yang lebih mulia.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, itu antara pembaharuan yang akan dilaksanakan untuk memastikan kedudukan Parlimen terus mempunyai kewibaan sejajar dengan fungsinya sebagai badan yang menggubal undang-undang di negara ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, beliau tidak mahu lagi Parlimen dipandang serong dan hina oleh rakyat kebanyakan, seperti mana yang berlaku pada sesi-sesi Parlimen sebelum ini.

"Kita akan pastikan perjalanan Parlimen nampak ‘world class’ tidak lagi dilihat menjadi tempat yang ditempelak oleh masyarakat.

Iklan

"Kita sangat serius kali ini, Parlimen akan menjadi tempat termulia, sebab kita buat undang-undang bahkan terpakai kepada kita sendiri, malah seluruh rakyat di Malaysia, maksudnya bila kita berdebat, cara berdiskus kita akan lebih berhemah dan berfakta, tidak lagi terkait dengan emosi dan lain-lain,” katanya sempena ucapan amanah Yang di-Pertuan Rakyat di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam pada itu, Johari berkata, tindakan tegas juga akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parlimen yang melanggar peraturan Dewan selepas ini.

Iklan

"Tempoh ‘honeymoon’ sudah berakhir dan kini masa untuk serius,” ujarnya

Dalam pada itu menyentuh mengenai pembukaan Dewan kali ini yang bakal menerima titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Johari berkata, kali ini titah ucapan akan sedikit berbeza kerana titah ucapan tersebut ditulis sendiri oleh Baginda.

"Kita bercakap mengenai Raja baharu, saya tidak pasti lagi apa yang mendatang.

"Kena tunggu sehingga 26 Februari ini, bila Baginda titah baru kita tahu...YDPA tulis ucapan sendiri, tetapi ada penambahan dengan apa yang kerajaan katakan,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28