TEHERAN - [DIKEMAS KINI] Sebuah pesawat Ukraine yang membawa 170 penumpang dilaporkan terlibat dalam nahas tidak lama selepas ia berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini di selatan ibu negara Iran pada jam 6.12 pagi (waktu tempatan) tadi.
Peta
Pegawai Kanan Perhubungan Awam di lapangan terbang itu, Ali Khashani berkata, pesawat Boeing 737 tersebut yang dalam perjalanan ke Kiev itu terhempas di kawasan Parand sebuah bandar di daerah Robat Karim.