Mayat lelaki lemas ditemui berhampiran Pulau Gemia

Iklan
Mayat seorang lelaki mangsa lemas di Pantai Batu Buruk akhirnya ditemui berhampiran Pulau Gemia, Marang pada petang Isnin selepas pencarian selama 30 jam. Foto JBPM Terengganu

KUALA TERENGGANU - Mayat seorang lelaki mangsa lemas di Pantai Batu Buruk akhirnya ditemui berhampiran Pulau Gemia, Marang pada petang Isnin selepas pencarian selama 30 jam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata, mayat, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, ditemui terapung oleh nelayan pada kedudukan 16 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa naik oleh anggota bomba ke Jeti Marang kira-kira jam 5.15 petang.

"Kita menerima laporan orang awam yang memaklumkan menemui mayat seorang lelaki berseluar pendek hitam terapung di kawasan berhampiran Pulau Gemia pada jam 4 petang tadi," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dekat sini pada Isnin.

Iklan

Mengulas lanjut, Muhammad Basri berkata, mayat mangsa terus dibawa ke Jeti Marang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kegembiraan empat sekeluarga berkelah di Pantai Batu Buruk dekat sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas kira-kira jam 11.20 pagi Ahad.

Iklan

Zulkarnain dilaporkan hilang dipercayai dibawa arus ombak ketika beriadah bersama isteri dan dua anak perempuannya di Pantai Batu Buruk.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28