Budak perempuan patah jari kaki tersepit eskalator

Iklan
Jari kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan tersepit di eskalator sebuah pusat beli-belah. Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki seorang budak perempuan yang tersepit di eskalator sebuah pusat beli-belah pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Anggota Bomba dan Penyelamat membantu mengeluarkan jari kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tersepit di eskalator sebuah pusat beli-belah dekat sini pada Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Shamsul Bahri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden terbabit pada jam 4.56 petang.

Iklan
Iklan

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Shamsul Bahri berkata, proses mengeluarkan kaki mangsa dilakukan oleh pasukan bomba dan pihak pengurusan bangunan yang mengambil masa kira-kira 40 minit

Iklan

"Mangsa didapati mengalami kecederaan pada tiga jari kaki, di mana salah satunya telah patah.

"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan serta tindakan selanjutnya," ujarnya.

Iklan

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28