Pelajar hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas

Iklan
Mangsa ditemukan lemas selepas hilang ketika mandi di Sungai Kuala Sat dekat Ulu Tembeling pada Ahad.

JERANTUT - Pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sat di sini yang hilang ketika mandi di Sungai Kuala Sat dekat Ulu Tembeling pada Ahad ditemukan lemas pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Azman Mat Kamis memberitahu, mangsa, Ali Mustaqim Rizman,12, ditemui kira-kira jam 3.05 petang pada kedalaman 18 meter dengan jarak kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut dan disahkan mati akibat lemas selepas bedah siasat dan tiada unsur jenayah.

SAR hari kedua menyaksikan mangsa ditemui kira-kira jam 3.05 petang pada Isnin.

Sebelum ini, Azman memberitahu hasil siasatan, pada hari kejadian, kira-kira jam 3.20 petang, mangsa bersama lima rakannya telah pergi ke sungai tersebut untuk mandi.

Iklan

Ujarnya, kira-kira 20 minit kemudian ketika mandi, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik telah menjerit meminta bantuan.

Mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jerantut untuk bedah siasat.

Kejadian turut disaksikan seorang wanita dewasa berada berhampiran tempat kejadian dan turut menjerit meminta pertolongan namun tiada orang di kawasan tersebut sebelum bergegas mendapatkan bantuan penduduk kampung.

Iklan

SAR digerakkan dengan penglibatan pelbagai pihak pada jam 4.20 petang namun mangsa tidak ditemui sehingga operasi ditangguhkan.