Netanyahu akan disingkirkan selepas Perang Gaza tamat

Iklan
Penduduk Israel semakin hilang kepercayaan terhadap pemimpin ekstremis ini. Foto Agensi

TEL AVIV -"Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak akan dapat mengekalkan kuasanya selepas operasi ketenteraan di Genting Gaza berakhir.”

Rancangan penyingkiran pemimpin ekstremis itu dilaporkan rangkaian media tempatan, Ynet pada akhir minggu lalu berdasarkan sumber dalaman Parti Likud pimpinan Netanyahu.

Iklan
Iklan

"Sesiapa yang menjadi Perdana Menteri pada 7 Oktober akan hilang jawatan selepas Perang Gaza tamat,” ujar laporan itu memetik kenyataan anggota kanan Likud yang sememangnya merujuk kepada Netanyahu.

Pemimpin dihimpit skandal rasuah itu berdepan desakan supaya mengadakan pilihan raya awal, namun beliau menegaskan sekarang bukan masa sesuai untuk berpolitik dan ia hanya akan dilakukan beberapa tahun akan datang.

Iklan

Keputusan tinjauan pendapat menunjukkan tahap sokongan ke atas beliau dan anggota Likud telah menurun sejak Perang Gaza tercetus lebih empat bulan lalu malah kaji selidik dilakukan Institut Demokrasi Israel mendapati lebih dua pertiga penduduk Tel Aviv mahu Pilihan Raya Umum diadakan sejurus konflik tersebut berakhir.

Kedudukan Netanyahu semakin tergugat setelah keputusan tinjauan pada awal bulan lalu menunjukkan parti pembangkang berpotensi menguasai sebanyak 75 daripada 120 kerusi di Knesset (Parlimen) jika pemilihan tersebut berlangsung dalam masa terdekat.

Iklan

Parti pembangkang, Parti Yesh Atid menyifatkan kenyataan melulu tentang Perang Gaza sejak akhir-akhir ini jelas memperlihatkan Netanyahu tidak layak menggalas tugas Perdana Menteri.

"Israel memerlukan perubahan. Pilihan raya adalah jalan penyelesaiannya, ” katanya lagi. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28