Tuntutan palsu: Tiga individu ditahan SPRM

Iklan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya menahan tiga individu, membabitkan seorang pengarah urusan, seorang pengurus operasi syarikat dan pengetua asrama pemulihan akhlak, disyaki terbabit tuntutan palsu dianggarkan lebih RM280,000.

Menurut sumber, dua suspek yang berjawatan pengarah di sebuah syarikat yang sama itu, disyaki bersubahat dengan pengetua asrama berkenaan dengan mengemukakan tuntutan palsu lebih RM280,000, bagi perkhidmatan pembekalan serta penyediaan makanan di asrama pemulihan akhlak di Johor Bahru, Johor.

Iklan
Iklan

"Ketiga-tiga suspek ini dipercayai telah bersubahat dan melakukan tuntutan palsu berkenaan sejak September 2020 hingga Ogos 2022.

"Suspek-suspek berusia sekitar 30-an hingga 40-an itu, ditahan sekitar jam 5 petang tadi ketika hadir di pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan,” katanya.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Putrajaya, Azizul Ahmad Sarkawi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap ketiga-tiga individu berkenaan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - Bernama

Iklan