Kegembiraan lapan sahabat beriadah di air terjun bertukar tragedi

Iklan
Mangsa, Muhammad Hafiz dikhuatiri lemas di Air Terjun Lata Hammer, Bentong pada Ahad. Foto ihsan PDRM

BENTONG - Kegembiraan lapan sahabat beriadah di Air Terjun Lata Hammer dekat Jalan Lama Bentong-Gombak di sini bertukar tragedi selepas salah seorang dikhuatiri lemas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, mangsa dikenali Muhamad Hafiz Khairul Azmi, 22, dari Janda Baik, di sini adalah seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Selangor.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong menerima maklumat daripada MERS 999 kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Mangsa bersama tujuh rakannya ke lokasi berkenaan untuk beriadah.

Iklan
SAR hari keduamenyaksikan mangsa masih belum ditemui dan operasi bersambung pada Selasa. Foto ihsan PDRM

"Salah seorang rakan mangsa juga memaklumkan sebelum kejadian, dua wanita yang tidak dikenali hampir lemas namun berjaya diselamatkan oleh pengunjung," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ujar Zaiham, dalam keadaan kelam kabut, mereka mendapati salah seorang rakan iaitu mangsa hilang ketika berada di kawasan air tersebut.

Iklan

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dengan penglibatan pelbagai agensi pada Ahad dan hari kedua pada Isnin turut melibatkan khidmat Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari Temerloh.

"Mangsa masih belum ditemui pada hari ke-2 SAR dan operasi bersambung pada Selasa," tambahnya.