Dolar Singapura tinggi jadi tarikan
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
JOHOR BAHRU - Singapura terus menjadi destinasi pilihan bagi rakyat Malaysia mencari kerja kerana faktor tawaran gaji yang lebih lumayan, kadar pertukaran wang Singapura tinggi selain berdekatan Malaysia.
Mahu mencuba nasib selain prospek gaji yang lebih tinggi di Singapura mendorong Bernard Sandana Dass, 53, bekerja di negara tersebut sejak tahun 1996.