Kerja di Singapura, tinggal di Malaysia untungkan negara
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
SHAH ALAM - Pendapatan yang diperoleh tenaga kerja Malaysia yang bekerja di Singapura sememangnya mendatangkan keuntungan bukan sahaja kepada individu malah negara.
Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia, Dr Mohamad Khair Afham Muhamad Senan berkata, pendapatan boleh guna lebih tinggi yang diperoleh akan diterjemahkan kepada lebih pembelian atau penggunaan di Malaysia.