'UMNO perlu jadi hero Melayu'
Iklan
SHAH ALAM - UMNO perlu menjadi hero Melayu dalam menarik kembali minat pengundi bagi memastikan survival parti itu menjelang pilihan raya umum mendatang.
Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, strategi ini termasuklah dalam memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan orang Melayu seperti ekonomi, pendidikan dan kebajikan.