Topuria cabar McGregor kembali ke oktagon

Iklan
Topuria (tengah) merampas tali pinggang featherweight daripada Alex Volkanovski di UFC 298 pada Ahad lalu. Foto Agensi

JUARA baharu kategori featherweight UFC, Ilia Topuria tidak membuang masa apabila mencabar 'ának emas' Dana White, Conor McGregor untuk kembali bertarung di gelanggang oktagon.

Topuria, 27, dililitkan tali pinggang kejuaraan featherweight selepas mengalahkan penyandang juara, Alex Volkanovski dalam UFC 298 di Honda Center, Anaheim, California, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Iklan
Iklan

Topuria yang terkenal dengan julukan 'El Matador' menumbangkan jagoan Australia itu menerusi tumbukan KO di pusingan kedua.

"Saya mendapati semua pencabar dalam divisyen featherweight teruk! Jadi, kepada Conor, saya menanti kamu di kampung halaman (Sepanyol).

Iklan

Dalam pada itu, White selaku Presiden UFC tidak memberi sebarang bayangan bila McGregor akan beraksi semula selepas kali terakhir tewas kepada Dustin Poirier dalam kategori lightweight pada 2021.

Kontrak McGregor, 35, bersama UFC hanya berbaki dua pertandingan, namun ramai petarung UFC tidak mengira kategori berat mencabar bintang Ireland itu kerana menganggapnya sebagai 'lubuk emas'.

Iklan

Untuk rekod, Topuria menyamai rekod McGregor apabila meraih tali pinggang featherweight pada usia 27 tahun dengan rekod 6-0 di UFC serta 14 kemenangan berturut-turut.

McGergor dinobat juara featherweight pada 2015 selepas menewaskan jaguh Brazil, Jose Aldo menerusi tumbukan KO 13 saat di pusingan pertama.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28