Liga Thai: Anak saudara Sultan Brunei alami kecederaan serius

Iklan
Faiq Bolkiah yang sedang dirawat di hospital menerima kunjungan Presiden Kelab Ratchaburi,Tanawat Nitikanchana dan keluarganya. Foto Instagram

PEMAIN bola sepak terkaya dunia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan menakutkan ketika perlawanan.

Faiq Bolkiah, 25, anak saudara Sultan Brunei yang mewarisi kekayaan bernilai £15.85 bilion (RM95.64 bilion) dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama untuk Ratchaburi ketika menentang Police Tero dalam aksi Liga Thai kelmarin.

Iklan
Iklan

Hanya selepas beberapa minit beraksi, dia bertembung dengan pertahanan lawan dan kaki kanannya tersadung sehingga terpaksa diusung keluar padang.

Kecederaan serius itu menyebabkan dia dibawa ke hospital berhampiran.

Iklan

Presiden kelab, Tanawat Nitikanchana melawat Faiq bersama keluarganya sebagai tanda sokongan moral kepada pemain itu. - Astro Arena

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan