APMM tahan bot tunda

Iklan
APMM menahan sebuah bot tunda semalam.

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sebuah bot tunda tempatan kira-kira dua batu nautika Pulau Carey di sini semalam.

Pengarah APMM Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas bot itu selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan pada jam 1.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Bot tersebut cuba melarikan diri namun kita berjaya memintasnya," katanya satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat tiga orang lelaki warga Indonesia berada di atas bot itu.

Iklan

"Ketika diperiksa mereka gagal mempamerkan dokumen bot seperti yang disyaratkan di dalam syarat sah lesen.

"Ia merupakan satu kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya.

Iklan

Katanya, tiga lelaki yang ditahan itu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

"Mereka berusia dalam lingkungan 30 hingga 44 tahun, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk siasatan lanjut," katanya.