Selepas jaket kalis peluru, dron Putin hadiah Jong-un kereta

Iklan
Putin (kanan) menghadiahkan Jong-un (dua dari kiri) sebuah kereta buatan Rusia ketika kedua-dua negara mengukuhkan hubungan dalam bidang pelancongan kepada pertahanan.

KOREA SELATAN - Presiden Rusia, Vladimir Putin menghadiahkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un sebuah kereta buatan Rusia ketika kedua-dua negara mengukuhkan hubungan dalam bidang pelancongan kepada pertahanan.

Agensi Berita Pusat Korea rasmi Pyongyang (KCNA) melaporkan, pemberian kereta itu jelas tentang hubungan istimewa di antara dua pemimpin tertinggi berkenaan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan model kenderaan itu.

Pemberian ístimewa’ Putin kepada Jong-un ini bukan yang pertama kali, September tahun lalu, pemimpin Korea Utara itu menerima hadiah jaket kalis peluru dan dron sebagai hadiah perpisahan ketika Jong-un mengakhiri lawatannya ke Rusia, iaitu pertemuan yang telah mencetuskan kebimbangan di Barat.

Iklan

Kunjungan selama enam hari yang menyaksikan beliau melakukan perbincangan dengan Putin ketika itu memberi bayangan kemungkinan Korea Utara memberikan senjata kepada Rusia untuk membantu pencerobohan ke atas Ukraine.

Sejak Jong-un melawat Putin tahun lalu, Pyongyang semakin menghampiri Moscow, dengan sekumpulan pelancong Rusia tiba awal bulan ini untuk perjalanan empat hari -- kumpulan pelancong asing pertama yang diketahui sejak sebelum penutupan sempadan berkaitan pandemik pada 2020.

Iklan

Selepas sidang kemuncak Jong-un-Putin September di Timur Jauh Rusia, Amerika Syarikat dan Korea Selatan telah berulang kali mendakwa Korea Utara telah menghantar senjata ke Moscow untuk digunakan dalam peperangannya dengan Ukraine, sebagai pertukaran untuk bantuan Rusia dengan program satelit Jong Un.

Pemimpin Rusia itu dilaporkan dalam persediaan untuk melakukan lawatan balas ke Pyongyang.

Umum mengetahui minat Jong-un terhadap kereta mewah.

Beliau sebelum ini dilihat menggunakan kereta mewah, termasuk SUV Lexus dan Mercedes-Benz S-Class.

Sementara itu, laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 2021 mendedahkan cubaan penghantaran kenderaan mewah bernilai lebih AS$1 juta (RM4.8 juta) termasuk model ini, yang didakwa dari Emiriah Arab Bersatu ke Ningbo, China, untuk penghantaran seterusnya ke Korea Utara.

Import kereta mewah ke Korea Utara adalah melanggar sekatan PBB ekoran program senjata terlarang Jong-un.

Semasa lawatan Jong-un ke Rusia tahun lepas, Jong-un dilihat menaiki keretanya yang dilengkap lapisan perlindungan berlepas dari stesen kereta api Artyom sementara pegawai Rusia melambai seperti yang terlihat dalam video yang diterbitkan oleh agensi berita Rusia, RIA Novosti.

Kenderaan yang membawa Jong-Un melakukan perjalanan lebih dari 200 kilometer (124 batu) dari Artyom ke bandar sempadan Khasan, menurut RIA. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28