Cuaca panas: Hasil harumanis dijangka meningkat

Iklan
Harumanis bakal mengeluarkan hasil pada pertengahan April depan.

KANGAR - Pengeluaran mangga harumanis pada tahun ini dijangka meningkat berbanding tahun lalu berikutan cuaca panas yang melanda utara Semenanjung ketika ini.

Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perlis, Razali Saad berkata, pengeluaran buah yang sinonim dengan negeri Perlis itu dilaporkan mencecah sehingga 1,200 tan ketika ini berbanding sebanyak 1,189 tan pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, berdasarkan prestasi semasa, 60 peratus pokok harumanis sekitar negeri itu telah berbunga dan bakal mengeluarkan hasil pada pertengahan April depan.

"Kita jangkakan akan ada sedikit lagi pertambahan hasil selepas ini kerana masih terdapat pokok yang berpotensi untuk berbunga.

Iklan
Antara pokok harumanis yang mengeluarkan bunga yang lebat.

"Pokok tua juga masih mengeluarkan hasil pada tahun ni," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurutnya, kerajaan negeri juga berharap agar pengusaha tidak mengambil kesempatan memasarkan buah berkenaan pada harga tinggi bagi meraih keuntungan berganda.

Iklan

Sementara itu, seorang pengusaha, Mohd Fawzy Rosli,34 berkata, harumanis tanamannya ketika ini sudah ada yang berbuah.

Seorang pekerja ladang harumanis sedang memantau keadaan pokok harumanis.

"Yang dah balut pun ada, yang baru berputik dan berbunga pun ada. Nak kata hasil meningkat tu tak pasti lagi, sebab ada pekebun masih tunggu bunga keluar masa pertengahan puasa.

"Cuaca panas ni bantu hasilkan buah harumanis lagi manis dan sedap, tapi dalam masa yang sama serangan penyakit banyak terutama kutu trip," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28