TOKYO - Pihak berkuasa Jepun merampas kira-kira 2,406 kilogram dadah dan bahan terlarang lain di pelabuhan serta lapangan terbang seluruh negara pada 2023 dan sekali gus mencatat nilai rampasan kedua terbesar di negara itu, lapor Xinhua memetik media tempatan pada Selasa.
Angka itu melonjak 79 peratus daripada tahun sebelumnya, menandakan rampasan dadah kedua terbesar negara berbanding pada tahun pra-pandemik 2019, lapor stesen penyiaran NHK, memetik data kementerian kewangan.