Lantik ADUN: Pemuda Amanah Pahang sambut baik

Iklan
Pemuda Amanah Pahang menyambut baik pengumuman Wan Rosdy bagi melantik ADUN khususnya daripada parti tersebut dalam masa yang terdekat.

KUANTAN - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang menyambut baik pengumuman Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) khususnya daripada parti tersebut dalam masa yang terdekat.

Ketua Pemuda, Wan Rahmat Wan Hashim berkata, pengumuman tersebut jelas menggambarkan bahawa kerjasama yang erat antara Barisan Nasional (BN) dan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir negeri itu dengan lebih stabil.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia juga mengukuhkan perpaduan kerajaan negeri selaras dengan Persekutuan.

"Amanah Pahang pasti dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat serta menyumbang idea dan tenaga bagi pembangunan dan kemakmuran negeri Pahang melalui lantikan yang bakal dibuat.

Iklan

Ujarnya, Pemuda Amanah Pahang akan terus bersama-sama membantu di lapangan bagi menzahirkan kesungguhan parti itu mengangkat isu-isu rakyat.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu Pemuda Amanah Pahang menyokong penuh kepimpinan Wan Rosdy dalam mentadbir kerajaan negeri.

Iklan

"Semoga kesejahteraan dan kemakmuran yang kita nikmati hari ini terus berkekalan demi keharmonian, kedamaian dan kestabilan semua," tambahnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28