Polis luaskan kawasan pencarian tahanan Depot Imigresen Sementara Bidor

Iklan
Mohd Yusri ketika sidang akhbar pada Penutupan Ujian Mara Lasak KP Hero Perak 2024 di Padang Tembak Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, hari ini. - Foto: Bernama

IPOH - Polis akan meluaskan skala pencarian bagi mengesan 30 pendatang tanpa izin yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor pada 1 Februari lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kawasan pencarian itu turut tertumpu di daerah Kampar, Muallim serta lokasi yang difikirkan berpotensi untuk tahanan tersebut menyembunyikan diri.

Iklan
Iklan

"Jadi, lokasi pencarian ini kita tidak terhad di Tapah sahaja sebaliknya diluaskan ke daerah lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Ujian Mara Lasak KP Hero Perak 2024 di Padang Tembak Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini hari ini.

Mohd Yusri bergambar bersama pemenang tempat pertama dari Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada program Ujian Mara Lasak KP Hero Perak 2024 di Padang Tembak Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, hari ini. - Foto: Bernama

Pada 16 Februari lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan pencarian terhadap baki tahanan pendatang tanpa izin yang melarikan diri itu akan dilakukan berdasarkan maklumat diterima daripada orang awam.

Iklan

Setakat ini, seramai 101 daripada 131 pendatang asing berkenaan telah ditahan manakala dua lagi dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Iklan